WINDOW SOPINK

Friday, March 18, 2016

TENTANG SESEORANG

Hari ini cerita tentang kisah realiti seseorang.... ^,^
selamat mendalami......

Suatu ketika saat kau terlalu memikirkan tentang kesedihan yang kau alami...kau akan terfikir..adakah keputusan dia memilih dan menerima kau dalam hidupnya adalah satu kesilapan?

kadangkala kau juga terfikir..adakah engkau yang silap menyintai dan menyayangi...engkau juga kurang mengerti dalam mereka yang hadir dalam kehidupan kau...kenapa dia yang  hati kau pilih untuk menyintai....

atau engkau hanya watak tambahan dalam pentas kehidupannya?
dalam episod yang akan datang mungkin watak kau sudah tak diperlukan lagi..atau mungkin watak kau diperlukan sehinggalah ke akhir cerita..dimana kau akan diberi peluang untuk melihat watak utama dalam ceritanya..agar kau mengerti itulah wanita idamannya.bukan engkau yang penuh dengan kekurangan sana sini..

biarpun disetiap sujud akhirmu tidak pernah meninggalkan namanya bersama orang2 yang kau sayang dalam hidup kau..namun jika bukan ketentuan kau untuk bersamanya jangan pernah berhenti mendoakannya. kerana itulah tanda kasih sayang kau kepadanya...mendoakan kebahagiaannya...

jika kau masih lagi bertahan..jagalah hati kau itu...kerana hati kau dan hatinya milik Allah..jika kau sedang menjaga hati dia juga pun begitu...semoga hatinya sentiasa terjaga..biarpun dia menyintai biarlah cinta yang tidak berlebihan dari cintanya terhadap Allah..
semoga kau menjadi wanita yang kuat..

kau harus bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku.
semoga kau sentiasa menjaga kasih sayang dan cintanya dihati kau...agar tidak goyah dan sentiasa kuat biar apa pun luka yang dia beri..semoga kau terus kuat..

mungkin kau sedar dari awal..apa yang telah terjadi bukan kerana sikap dia yang diperkatakan..tetapi kerana ego yang meninggi.Tidak perlu mencari menunduk kepada perempuan kerana merasa lelaki tidak perlu begitu ..sedangkan di hati menyintai..jika keegoan yang lebih utama mungkin dia akan merasa lagi kehilangan entah untuk keberapa kalinya.

namun andai satu hari nanti kerja engkau untuk menyintai menyayangi mengasihinya telah telah terhenti..bukan kerana kau berpaling pada yang lain..tetapi kau telah pun pergi untuk selama lamanya dari dunia ini...