WINDOW SOPINK

Monday, October 31, 2016

NAMUN AKU PUNYA HATI

Disini aku seperti mengejar cintamu..
sayangmu....
kasihmu...
perhatianmu..
rindumu....
kerana dalam kehidupanku hanya bisa ada
seorang sahaja lelaki yang menghuni..
satu-satunya yang aku punya..
biarpun hati ini selalu terguris..
aku masih lagi bisa tersenyum..
aku tahu betapa sukar mengantikan
insan yang tersayang dihatimu,,,,
lantas yang hadir ini tiada apa-apa
yang menjadikan mu begitu sayang jika kehilangan..
aku tahu terlalu rimas untukmu menerima
perubahan didalam hidupmu...
"kat mana?"
"dengan siapa?"
"balik pukul berapa?"
"keluar?ok....sampai mesej"
"dah nak balik?ok..nanti mesej?"
semuanya kerana apa?kerana fikiran ku hanya dirimu..
entah kenapa aku terlalu peduli...masalah yang terlalu berat...PEDULI.... (T_T)
doa mengiringi setiap langkahmu.....agar dirimu sentiasa dilindungi...
adakah mesti bila mencintai rasanya begini?

kau harus tahu..
selagi hati ini mampu bertahan
selagi hati ini hanya terukir namamu..
selagi itulah aku disisi..
selagi aku rasa aku mampu menempuh rasa sakit..
selagi aku percaya katamu akulah yang kau sayang..
biarpun terkadang aku merasa tidak..mungkin aku yang terlalu emosi..
terlalu lama hati ini kosong tanpa penghuni..
hadirnya dirimu mengubat segala luka..
aku bukan wanita sempurna.
aku berharap ALLAH tidak mengambil
juga tidak merubah rasa di hati ini....
aku takut jika terlalu lelah...
aku akan pergi.... (T_T)

zaujku...
tidak ku pinta hadirnya rasa sebegini...
jika aku terlalu membebani hatimu...
terus terang padaku...

biarpun kata-katamu...
"sayang yang istimewa dalam hati abang"
tapi kenapa aku masih terasa jauh...
"tak ada yang lain dalam hati abang.cuma sayang sorang"
tapi aku terasa membebani hatimu....

doaku setiap akhir sujudku...
beri aku jalan kesudahan segala kerumitan hati ini...

doakan penyudahku adalah yang halal baginya.....


Saturday, October 22, 2016

sayang zaUj ku

disini.....didalam hati..
hanya namamu yang terukir mekar...
aku tidak pernah terfikir kaulah yang terindah dalam hidupku....
aku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu..
dan aku tak pernah terfikir kau juga mencintai aku...

sayang....
aku tak pernah terfikir akan jatuh cinta padamu..
aku tak pernah meminta rasa ini hadir..
ianya datang dengan sendirinya..
menyelinap segenap ruang hatiku...

sayang zaUj ku......
janganlah kau berpaling kasih dariku.,...
sesungguhnya cinta ini hanyalah untukmu...
sayang ini hanyalah padamu...

zaUj ku.....
jangan kau letih melayan karenahku..
jangan kau benci kemanjaanku..
jangan kau pergi meninggalkan ku..

hati ini telah terpahat namamu..
tak bisa ku ganti dengan yang lain..
aku hanya inginkan perhatianmu..
kasih sayangmu...waktumu untuku...
segalanya....

sayang....
sesngguhnya aku wanita yang tidak sempurna....
sememamngnya tidak layak memiliki dirimu...
namun...terimalah aku apa adanya..
wanita yang tak cantik paras rupanya..
wanita yang tiada apa-apa..
yang boleh membuatkan kau kecewa bila kehilanganku..
namun....ketahuilah..aku ikhlas menyayangimu...

sayang zaUj ku...
andainya tiada ruang untukku di hatimu..
aku redha...aku bisa mmberi cinta dan sayangku padamu..
namun aku tak bisa memaksa kau mencintaiku..
ketahuilah..aku sentiasa mendoakan kebahagiannmu...
walaupun kau tidak bersamaku.,,
kau lelaki yang baik..penyayang...
bertanggungjawab.....dan sentiasa membuatku tersenyum..
sayang...berbahagialah dengan pilihanmu..
kaulah lelaki yang baik yang pernah aku temu..
terima kasih sayang zaUj ku.... 

Saturday, October 1, 2016

:: BATAS HATI ::

Aslmkm dan selamat pagi....

lama dah diEr tak menaip disini. lima bulan adakan?hurm macam biasa apa yang boleh diEr cakap busy dengan kerja. Tapi memang betul tau bukan propa....tanggungjawab kerja tu lagi penting sebab itu amanah yang telah di berikan.

Sebenarnya diEr macam nak berkongsi cerita tentang hati. Mungkin agak remeh pada korang (kalau ada yang bacalah hahaha yang pasti diEr tau diEr yang taip diEr lah yang membaca sendiri. Kadang-kadang kan kita rasa dengan meluahkan itu adalah jalan terbaik dari memendam. Tapi apa yang diEr nampak sekarang ni tak semua tindakkan meluah itu adalah satu jalan yang baik, sebab macam boleh merenggangkan sesuatu perhubungan. menjadikan seseorang itu salah faham dan jika salah faham pastilah ianya satu tanggapan negatif.

Sebelum ni diEr cerita tentang orang sekeliling diEr tapi hari ni tentang apa yang diEr alami sekarang ni. Dalam sesuatu perhubungan diEr lebih kepada suka meluahkan jika ada yang menganggu hati dan jiwa. Sebab bila diEr pendam jadi bertambah sakit. Bukanlah meminta menerima segala luahan diEr cuma ingin memberitahu agar keadaan itu tidak berulang. Kalau diEr sendiri ada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan tolong berterus terang. jadi diEr boleh perbaiki sikap cara diEr. Pada kita, apa yang kita buat ni adalah betul, korang kena tahu setiap kesalahan dan kebaikkan yang kita lakukan sebaik2 penilaian adalah daripada orang sekeliling kita. Kita sendiri jarang menyedari terkadang kita merasakan apa yang kita buat ni adalah sesuatu yang betul. Walhal ianya adalah satu perbuatan atau sikap atau cara yang kurang menyenangkan bagi orang lain.

Panjang tak penerangan diEr? hai la diEr apalah yang awak nak sampaikan kat sini. Sebenarnya diEr ada seseorang yang diEr sayang. diEr tak tahu dalam ramai lelaki bujang yang ada ni. dia yang membuka hati ni. tak dapat =di nafikan pengenalan awalnya diEr yang mula.diEr tak pernah macam ni. sebelum ni kalau berkawan tak pernah diEr yang memulakan. tapi korang jangan salah faham kalau dia tak layan diEr takkan teruskan. pengenalan tu berjalan agak lancar sehinggalah membibitkan rasa cinta (wekkkkkkkkk!! sory ayat drama, tapi ada ke ayat lain yang boleh diEr gantikan ek)antara kami. Tak sangka kan diEr yang gemok lagi tak cantik ni masih lagi diterima oleh insan yang bergelar lelaki. Sebelum ni diEr ditinggalkan atas alasan tiada jodoh (save answer right) tapi hakikatnya dia ketepikan perasaan sayang dia kerana fizikal diEr yang gemok dan tak cantik ni. dia malu dengan kawan-kawan yang memperlekehkan siapa girlfriend dia. Seorang gadis gemok yang tak cantik tak pandai bergaya. Bila kawan-kawan tanya apa hubungan kami " oh kau jangan salah anggap, dia adik angkat akulah. tak lebih dari tu'

Padahal dia tak boleh terima apa yang kawan-kawan dia pikir kawan-kawan dia cakap tentang kehodohan diEr. FYI Encik Lekek lepas habis sekola kawan-kawan awak yang dok mengata saya tu sumua baik ngan saya especially lelaki. Tiba-tiba call saya, add saya kat fb kat mana-mana yang saya ada di laman sosial ni. Ada yang sampai call jadi kawan baik jadi rapat serapatnya. Tapi sama macam awaklah hati tu terikat dengan kehendak yang inginkan kecantikkan. rapat sebab hati dah suka tapi sebab saya gemok hati tu terbatas buat dia. Masa tu saya tak sedar pun sampai abg saya kata. hurmm kalau kau tak gemok dik dah lama dia jadikan girlfriend. Kawan-kawan lelaki awak yang lain even tak suka saya dulu dok add fb wechat dok berborak berbual memuji tentang rupa saya yang konon comel.kenapa saya berubah jadi cantik konon2. Dah keje mmg la dah ada duit kan nak beli product. camera tepon pun canggih tak mekap pun leh edit jadi bermekap. Soalan sy pada diorg kenapa nak berbaik dengan saya sedangkan diorg tak suka dengan saya dulu. Diorang kata tu dulu tapi sekarang tak...hamboi...dok la bebual wife dorang dok pakat add saya jugak...hahahahah tak pelah cukuplah kite setakat like2 je kan tak payah berchatting. boleh dikatakan semua kawan lelaki awak ada fren ni ngan sy. Yang dulu jijik tengok saya ejek saya tak suka saya ada ni ha...awaklah lelaki yang paling jahat melukakan hati saya.mempermainkan perasaan saya. parut luka tu tak hilang dan sampai bila-bila saya ingat.

Berbalik pada orang yang diEr cinta dan sayang sekrang ni. Terima kasih menerima diEr seadanya. Pergaduhan perselisihan faham antara kita langsung tidak mengurangkan rasa kat dalam hati ni. diEr meluah kerana diEr tak nak rasa sakit dalam bercinta. Tapi apa yang diEr nampak sekarang ni meluahkan itu tidak menyelesaikan apa-apa. diEr selalu di salahtafsir. Terima kasih sebab tak pernah sebut " syg diet boleh tak,gemok sgt syg ni" tak pernah kata "syg kena joging ni abg sanggup teman syg hari2 joging" tak penah letakkan syarat untuk syg diEr. Kalau diEr salah tolong tegur . Sama seperti diEr meluahkan yang diEr rasa cara sekarang ni mengusik hati diEr. diEr jadi terasa hati. Bukan niat untuk mencari kesalahan. Kalau diEr diamkan benda tu akan tetap macam tu tak berubah. diEr ni perempuan. senyap awak satu jam tu diEr kat sini overthinking tahap maksima tau tak. Perselisihan faham antara kiteorg hari ni teramat sakit pada diEr. Mungkin salah diEr sebab diEr bukan perempuan yang sempurna.Dah jadi cite rojak kan..bercelaru.hahaha sama dengan hati dan fikiran diEr sekarang ni.

mungkin kerana sikap selalu meluahkan dan berterus terang ni membuatkan dia rasa bosan. Dan diEr takut cinta dia terhenti sampai hari ni je. Esok dah tak ada lagi buat diEr. siyes macam nak nanges guling2 dengan apa yang sedang diEr rasa sekrang ni. Kelakarkan budak gemok yang pandai cakap je nasihat mintak kawan bersabar kalau bergaduh atau kecewa. tapi nasihatkan diri sendiri fail kot. Dia lelaki yang baik, tak pernah komplen sikit pun tetang kekurangan diEr. Mak kakak adik anak sedara dia baik. Layan diEr tersangat baik. Buat diEr rasa tak tersisih bila ada diantara mereka. Jangan tak tau family diEr suka dengan dia. tersangat. kadang-kadang bila diorang terperasan diEr  merajok diam je nanti dorang marah. Jangan suka merajok jangan buat dia macam tu tak baik.

Tapi mungkin betullah diEr kot yang salah, macam dia cakap hari-hari ada je yang tak kena pasal dia,hari-hari ada je salah yang dia buat. Tapi tak boleh ke kalau diEr kata kat dia. Hari-hari dia untuk mesej diEr tak ada, bila malam tak bapa lama mesej dia tetido. Ok diEr tau dia penat keje. tapi kalau keluar dengan kawan-kawan sampai lewat masih bertahan kepenatan dia. diEr tak marah langsung dia keluar dengan kawan -kawan sebab itu adalah kehidupan dia sebelum hadirnya diEr dalam hidup dia. Dia tak suka reply mesej kalau dia ada kat luar lagi-lagi dengan kawan-kawan. diEr tak mesej walaupun diEr rase time waktu macam tu je diEr ade nak bebual dengan dia sebab kalau lewat mesti dah penat dan tetido. Tapi tak apa diEr tunggu dia balik baru mesej, Salah ke diEr terus trang cakap kat dia kalau dia boleh bertahan untuk kawan-kawan bertahan sikit mase untuk diEr, sebab bila balik rumah mesej dua tiga kadang tergantung mesej diEr dah tido. Kalau esok tak keluar diEr cuba ajak mesej awal dah tido..keadaan dia sama, tak boleh ke diEr terus terang cakap keadaan tu berterusan setiap kali bermesej. Esok lusa sama je pagi nanti bagi tau dia tetido. malam nanti sama jugak, waktu siang smemangnya waktu keja dia tak tengok fon. Tu diEr faham tak kesah.

diEr tau diEr belum ada apa- apa hak kat atas diri dia. tapi tak boleh ke diEr terus terang cakap apa yang diEr rasa. Atau perempuan macam diEr ni memang tak ada hak untuk bersuara. Cukup baik dah ada orang sayang kau diEr jadi kau kena terima semua (T_T). Atau mungkin diEr bukan seorang yang penyabar. Mungkin diEr patut diam biarkan. kalau dia ada masa dia mesej cari diEr..diEr reply layan seperti biasa. Bila tiba waktu dia tak ada masa diam jangan tanya..tunggu sampai giliran masa untuk diEr ada. Emmm memang ni ke yang diEr kena buat. Kalau diEr ada pape nak shared nak berkongsi diEr kena simpan je jangan mesej sebab masa tu tak ada untuk diEr. ke pempuan gemok tak cantek macam diEr ni memang kena terima je apa pun. dan tak layak pun nak meluah. nampak tak semua negatif. diEr sayang yang tersangat .tujuan meluah adalah tujuan untuk dia faham, tapi semua tu tak mendatangkan kebaikkan. atau diEr sebenarnya orang yang tak patut dicinta dan disayang (T_T) .

Ok kalau ikutkan banyak lagi nak merepek. tapi dah tak tahan. nak pegi nanges. jalan terbaik dan menenangkan selain dari solat dan berdoa. Terima kasih kerana sudi sayang diEr. dan bersabar selama ni. apa pun keputusan dia selepas dia senyap ni.diEr kenalah terima. Mungkin lelaki ni dia mudah bosan dengan perkara yang berulang bila kita cakap. Lagipun tak ada yang istimewanya diEr untuk dia bertahan. Jom nanges.