WINDOW SOPINK

Thursday, August 30, 2012

:: aKan aDa UnTuk KitA ::

hening malam membuai impian..
impian sekalian manusia di pelusuk alam..
semuanya sedang menanti ataupun sedang menikmati
ataupun juga sudah menikmati impian dan keindahan hidup
yang telah di berikan....

keindahan itu sebenarnya milik kita....
segala yang di impikan akan tercapai jua suatu hari nanti..
janganlah kita hidup seperti lilin yang membakar
diri sendiri untuk menerangi orang lain...
apabila diri sudah hangus terbakar tiada siapa peduli..
biarkan hidup kita seperti pelangi..
sentiasa mewarnai semua orang dan juga
dirinya yang sentiasa indah untuk dipandang..

andainya impian hanya lah impian..
dan tidak menjadi kenyataan...
biarkan ....yang pasti itu bukan yang terbaik untuk diri kita...
Allah telah menjanjikan kebahagiaan kepada umat yang meminta.
yang tidak pernah jemu...

akur dengan segala yang datang...
menerima sebarang dugaan...nescaya sinar pelangi akan sentiasa menemani..
mengajar hati untuk menerima apa sahaja sebarang kemungkinan
yang pasti kita sendiri tidak tahu bilanya ia akan muncul...
bersiap sedia ..mempersiapkan hati agar lebih meredhai...

bersujud dan menadah tangan agar mempermudahkan segalanya
memberi petunjuk jalan keluar segala masalah...
percaya kasih sayangnya...agar kita memperolehi kasih sayang insan lain..
segalanya akan ada untuk kita..kebahagiaan,keindahan , ketulusan ,cinta , kasih dan sayang...
asalkan kita meredhai segala yang telah ditetapkan...

aku berpegang pada itu...
hanya membiarkan masa itu terus berputar meninggalkan segala yang terlampau..
meniti hari2 yang mendatang untuk terus kehadapan..
sentiasa tersenyuman untuk mendapat keselesaan orang lain..
belajarlah untuk mengajar hati agar lebih memahami..

p/s...cinta yang hadir itu sememangnya tidak akan kekal jika itu bukan milik kita.
namun setialah menanti cinta hakiki kerana cinta itu adalah cinta yang abadi...


No comments:

Post a Comment

jZ hOnEstly