Coretan malam...
Andainya kau mencinta..
memberilah dengan seikhlas kata...
Bukan hanya sekadar luahan rasa..
Bukan kau cinta tatkala malam menjelma..
Tatkala diri tiada teman bicara...
Tatkala hati kau kosong terbiar kerana luka...
Cintailah ketika kau sedang bergembira...
Mengambil berat biarpun hati kau sedang terluka..
Kerana dialah yang sentiasa ada dan setia...
Yang tidak penah mengira letihnya dia..
Tiada kata jemu jika hati sedang mencintai..
ketika hati sedang merindui..
ketika hati sedang ingin memahami..
ketika hati sedang belajar untuk menghargai..
Mungkin cinta senang datang bertamu..
Namun yang bisa mengerti kamu cuma satu..
Yang hadir untuk bertahan denganmu..
Yang selagi hatinya hanya padamu..
Perbaikilah bersama agar cinta itu
tidak pergi meninggalkanmu....
No comments:
Post a Comment
jZ hOnEstly